SOALAN LAZIM

Anda Tanya? Kami Jawab!

Adakah Perlu Untuk Membuat Tempahan Awal?

Ya, sangat perlu dan disyorkan. Tempahan kami cukup padat pada waktu hujung minggu dan musim cuti sekolah, kami hanya akan melayan  pelanggan "Walk In" sekiranya masih ada kekosongan sahaja. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal untuk mengelakkan anda dari kekecewaan.

Adakah Perlu Bayaran Deposit Tempahan?

Ya, kami perlukan bayaran deposit untuk semua tempahan kereta sebagai tanda anda memang serius untuk menggunakan perkhidmatan kami. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya tempahan yang anda buat dibatalkan oleh anda sendiri

Adakah Cagaran Diperlukan Di Sini?

Ada 3 jenis cagaran yang pihak kami terima:

  • Motorsikal 

  • Kereta

  • Deposit Wang Berjumlah RM300 (Tidak Termasuk Bayaran Sewa)

Anda boleh memilih salah satu pilihan di atas semasa menggunakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri kami.

Bagaimana Untuk Membuat Tempahan

Tempahan boleh dibuat melalui panggilan telefon, aplikasi whatsapp atau hadir sendiri di pejabat kami. Bahagian khidmat pelanggan kami akan membantu anda dalam membuat tempahan. 

Adakah Penghantaran Disediakan

Untuk pelanggan yang menetap diluar kawasan Taiping atau yang tidak boleh datang ke pejabat kami, kami ada menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta sewa pandu sendiri kami ke tempat anda, sama ada di stesen kereta api atau bas,  hotel, rumah dan ke mana saja tempat yang anda perlukan. Perkhidmatan ini disediakan secara PERCUMA tanpa sebarang bayaran tambahan.

Bagaimana Sekiranya Kereta Yang Disewa Rosak?

Pihak kami akan menanggung 100% kos pembaikan untuk kerosakan yang melibatkan enjin kereta dan kerosakan tersebut berlaku bukan akibat dari kecuaian pelanggan. Kerosakan bahagian lain adalah tanggungjawab pelanggan dan pelanggan perlu memastikan kereta sewa dihantar seperti mana semasa pelanggan mengambil kereta yang berkenaan. 

Sekiranya Berlaku Kemalangan, Bagaimana?

Pelanggan dinasihatkan untuk terus berhubung dengan bahagian tempahan kami secepat yang mungkin sebelum mengambil apa-apa tindakan. Kami akan menasihatkan pelanggan untuk tindakan selanjutnya sementara menunggu pihak kami atau wakil dari pihak kami tiba ke lokasi kejadian. Jangan ambil tindakan sendiri yang mungkin akan mengundang kepada pelbagai masalah lain.

©2019 by AYRA CAR RENTAL TAIPING. Proudly created with Wix.com